RM 2 saja
Dalam perjalanan balik ke kampung 2 minggu lepas, saya singgah di perhentian R&R Tapah dan ternampak satu gerai jualan novel dan majalah lama terbitan Creative Enterprise. Novel-novel lama dijual pada harga cuma RM2 sahaja, mungkin untuk menghabiskan stok. Saya sempat memilih dan membeli, sepuluh buah semuanya. Kebanyakannya novel-novel klasik tulisan Allahyarham Tan Sri A.Samad Ismail dan ada juga dari Azizi Hj Abdullah dan Abd Talib Hassan. Bila sampai di rumah, baru tersedar yang ada beberapa buah novel dari tulisan Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail itu telah pernah dibeli dan dibaca beberapa tahun lepas. Terlupa, lagi pun saya telah simpan bersama buku-buku lama di dalam kotak waktu berpindah rumah dulu.

